Khairat Kematian

Kelebihan menjadi ahli Khairat Kematian:

  • Pengurusan jenazah percuma
  • Perkhidmatan van jenazah percuma dari Hospital ke Masjid dan ke tanah perkuburan (sekitar Lembah Klang sahaja)

Syarat menjadi ahli Khairat Kematian:

  • Tinggal di kawasan Subang Jaya atau Putra Heights
  • Skim khairat ini adalah untuk ibubapa dan anak-anak yang berumur bawah 18 tahun sahaja.

Berita baik untuk tuan/puan. Kami sediakan juga pendaftaran Ahli Khairat Kematian Masjid al-Falah USJ 9 secara atas talian dengan dua pilihan.

  • Muat turun borang, isi secara digital (boleh juga cetak, isi dengan tulisan tangan kemudian imbas) dan hantar kepada kami melalui email rasmi masjid, admin@masjidalfalah.com atau kepada talian hotline kami, wa.masjidalfalah.com. Hantar bersama dengan resit pembayaran. Muat turun borang fizikal Khairat Kematian (Watermark).
  • Isi borang atas talian.

Adalah dimaklumkan juga bahawa Khairat Kematian ini adalah bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazah ahli keluarga mereka. Antaranya mereka yang menjadi ahli dalam Al-Falah Care USJ 9 (aktiviti kebajikan), asnaf zakat LZS seperti fakir miskin dan mualaf, dan lain-lain mereka yang terlibat. Sistem khairat kami adalah takaful dan tabarru’ (sedekah) tanpa ada pemulangan kembali wang pendaftaran. Tiada konsep keuntungan dalam khairat kami.

Kami juga ada tolak ansur dalam urusan pengurusan jenazah.

SEMAK AHLI KHAIRAT KEMATIAN ANDA!

Akaun untuk pembayaran Khairat Kematian Masjid al-Falah USJ 9

Bank Rakyat
1106 4100 0484